7 Strategi Berkesan Untuk Jual Rumah Lebih Cepat Daripada Jiran Sebelah
Nak jual rumah tapi dah berbulan masih tak laku? Dalam artikel ni saya share teknik terbukti untuk bantu owner jual hartanah dengan lebih cepat.
Ramai pemilik rumah ingat jual rumah sekadar letak harga dan tunggu pembeli datang.
Hakikatnya tidak semudah itu.

Dalam satu kawasan yang sama, ada rumah terjual dalam masa 1–2 bulan. Ada pula yang setahun pun masih tergantung. Bezanya bukan pada rumah semata-mata, tetapi pada strategi jualan yang efektif.
Kalau anda serius mahu jual rumah dengan lebih cepat dan pada harga yang munasabah, berikut adalah strategi yang terbukti berkesan.
1. Letak Harga Yang Betul
Kesilapan paling biasa ialah meletakkan harga berdasarkan emosi, contohnya:
- “Harga rumah sekarang dah mahal”
- “Rumah saya paling cantik dan banyak reno. Jadi, nak up harga sikit”
- “Jiran saya jual RM450k”
Harga rumah perlu berdasarkan data transaksi sebenar, bukan anggaran sendiri.
Apa yang anda perlu lakukan adalah menyemak perkara berikut terlebih dahulu:
- Semak harga transaksi terkini di kawasan yang sama
- Unit yang sudah terjual (bukan sekadar iklan yang masih tergantung / belum terjual)
- Anggaran penilaian dari pihak bank
Jika harga pasaran sekitar RM350,000, meletakkan harga RM390,000 hanya akan menyebabkan rumah anda sukar untuk terjual. “Iklan jadi mati”, tiada orang tanya.
Strategi yang lebih bijak ialah meletakkan harga yang kompetitif untuk menarik lebih ramai pembeli dan mencipta persaingan. Dengan strategi harga yang betul boleh menyebabkan iklan rumah anda mendapat respon yang baik. Dan seterusnya menarik minat pembeli untuk membelinya.
2. Baiki Dan Cantikkan Rumah Dahulu
Ingat, first impression sangat penting!
Pembeli biasanya buat keputusan dalam beberapa minit pertama sewaktu masuk ke rumah anda.
Perkara asas yang perlu diberi perhatian adalah:
- Baiki paip bocor
- Tukar lampu rosak
- Cat semula dinding warna neutral
- Bersihkan kipas, tingkap dan siling
- Pastikan rumah dalam keadaan wangi dan bebas bau hapak
Tak perlu renovasi besar-besaran. Fokus kepada kebersihan dan suasana dulu.
Tips penting! Rumah yang terang, bersih dan kemas akan kelihatan lebih besar dan mahal walaupun harga sama.
3. Ambil Gambar Rumah Mesti Cantik
Dalam dunia maya hari ini, pembeli pertama kali melihat rumah anda melalui gambar melalui iklan di “online”, bukan secara fizikal.
Jika gambar yang gelap, bersepah atau kabur akan menyebabkan pembeli terus skip iklan rumah anda.
Jadi, adalah penting untuk pastikan:
- Ambil gambar diambil waktu siang dengan pencahayaan yang baik
- Rumah kemas dan bersih sebelum sesi fotografi
- Sudut gambar luas dan jelas (guna ultra-wide camera)
- Fokus pada ruang utama seperti ruang tamu, dapur dan bilik utama
Sekiranya mampu, gunakan jurugambar profesional. Gambar yang menarik boleh meningkatkan kadar klik di iklan dan mendapat pertanyaan yang tinggi.
Iklan yang baik bermula dengan visual yang menarik!
4. Lantik Ejen Hartanah Berdaftar Yang Betul
Tidak semua ejen sama.
Pilih ejen yang:
- Berdaftar dan mempunyai nombor REN sah (semak di https://lpeph.gov.my/search-listing)
- Aktif memasarkan kawasan anda
- Mempunyai strategi pemasaran yang jelas
- Konsisten buat follow-up dengan pembeli
Elakkan guna broker yang tidak berlesen kerana tidak selamat dan berisiko tinggi untuk ditipu !
Ejen yang baik bukan sekadar ambil gambar dan letak iklan, tetapi tahu bagaimana untuk:
- Tapis pembeli yang layak
- Urus rundingan harga
- Susun strategi pemasaran
- Urus proses dokumentasi sehingga selesai
5. Gunakan Iklan Berbayar
Dalam pasaran yang kompetitif, iklan percuma sahaja tidak mencukupi.
Gunakan gabungan pemasaran berbayar seperti:
✔ Facebook Ads
Iklan boleh disasarkan kepada:
- Umur tertentu
- Kawasan tertentu
- Individu yang berminat membeli rumah
Ini membantu iklan sampai kepada pembeli yang betul.
✔ Portal Hartanah Premium
Gunakan portal seperti:
Pakej premium biasanya memberi kedudukan iklan lebih tinggi dan lebih banyak pendedahan.
✔ Google Ads
Iklan akan muncul apabila orang mencari:
- “Rumah untuk dijual di Bangi”
- “Subsale Kajang bawah 400k”
Iklan berbayar membantu meningkatkan visibility dan mempercepatkan proses mendapatkan prospek.
Secara amnya, memperuntukkan sekitar 1% daripada harga rumah untuk pemasaran adalah langkah yang munasabah jika mahu jual cepat.
6. Pemasaran Secara Konsisten Dan Agresif
Ramai pemilik berhenti memasarkan selepas beberapa ketika.
Sebenarnya, pemasaran perlu berterusan sehingga rumah benar-benar terjual.
Strategi tambahan termasuk:
- Program referral
- Broadcast kepada database pembeli
- Posting konsisten di media sosial
- Network dengan ejen lain untuk co-broke / COA
Semakin luas jaringan pemasaran, semakin tinggi kebarangkalian untuk mendapat pembeli serius.
7. Permudahkan Proses Viewing
Viewing ialah langkah penting sebelum pembeli membuat keputusan.
Pastikan:
- Rumah sentiasa dalam keadaan bersih
- Jadual viewing fleksibel
- Dokumen penting tersedia
Ada pembeli datang sekali, ada yang datang tiga kali sebelum buat keputusan. Itu normal.
Lebih banyak viewing bermakna lebih tinggi peluang untuk closing.
Kesimpulan
Menjual rumah bukan soal nasib.
Ia memerlukan:
- Harga yang tepat
- Rumah yang terjaga
- Visual yang menarik
- Pemasaran berbayar dan konsisten
- Strategi rundingan yang betul
Dengan pendekatan yang sistematik, rumah anda boleh terjual lebih cepat daripada jiran sebelah, walaupun dalam pasaran yang lembab.
Jika anda sedang merancang untuk menjual rumah dan mahu strategi yang lebih tersusun serta profesional, dapatkan nasihat daripada Ejen Hartanah Berdaftar supaya proses lebih lancar dan selamat.
Sekian.
