MyDeposit , Bantuan RM 30,000 atau 10% bagi memiliki rumah
MyDeposit , Bantuan RM 30,000 atau 10% bagi memiliki rumah
Harga rumah di Malaysia semakin meningkat dengan peningkatan kos perbelanjaan rumah. Oleh itu, pemilikan rumah of Rakyat Malaysia terutama dari gologan berpendapatan rendah dan sederhana adalah amat susah.
MyDeposit adalah Skim Bantuan Pembiayaan Rumah pertama telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak bagi membantu mereka untuk memiliki rumah idaman pertama. Skim is disasarkan khususnya kepada gologan M40 ( berpendapatan sederhana bawah 40%). MyDeposit adalah hasil kerjasama JPN dan KPKT. d bawah Mydeposit, peruntukan sebanyak RM 200 juta telah diagihkan bagi tujuan sembagai sumbangan deposit bagi menggalakan pemilikan rumah rakyat Malaysia.
Skim ini menawarkan bantuan deposit antara Rm 3,000 ke RM 30,000 ataupun 10% dari harga jualan. Bantuan yang terendah akan diambil kira. Pembelian rumah adalah tidak terhad kepada rumah swasta baru atau yang lama selagi permohon adalah pembeli rumah pertama bagi satu isi rumah.
Pembelian Rumah Pertama
Bantuan MyDeposit hanyalah diberikan kepada mereka yang membeli rumah pertama. Diantara pembelian yang layak adalah
➟Pembelian rumah “Subsale”
➟Rumah mestilah beharga RM 500,000 ke bawah
➟Pembelian project perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi dari pihak Kerajaan (PPR, RMR )
➟Rumah yang dibeli mempunyai 10 tahun sekatan dari dijual jika mendapat bantuan MyDeposit
➟Bayaran deposit akan diberikan terus kepada akaun Pemaju, Peguam Jual Beli ataupu Penjual Rumah.
Syarat Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat syarat dan kelayakan permohonan.
➟Permohon mestilah Rakyat Malaysia
➟Permohon mestilah berumur 21 tahun ke atas (tiada usia maksima)
➟Permohonan ini hanyalah untuk pembelian rumah pertama , untuk seisi rumah
➟Pendapatan kasar isi rumah permohon mestilah kurang dari RM 10,000 sebulan. Ini termasuk komisyen, elaun, bonus dan lain lain)
➟Permohon diberi tempoh 30 hari untuk membuat perjanjian jual beli rumah dari tari kelulusan
➟Permohon mestilah layak untuk membuat pinjaman perumahan dari mana mana institusi kewangan di Malaysia.
➟Permohonan Mydeposit akan dibuka pada 6 April 2016 hingga 30 Jun 2016. Mereka yang berminat untuk memohon harus memohon secepat mungkin.
Pendaftaran MyDeposit , Borang Online
Pendaftaran Mydeposit boleh dibuat secara online di laman sesawang Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula pada 6 April 2016.
Untuk Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut
Bahagian perumahan
03-8891 4025
Bahagian IT
03-8891 4478
Sumber: http://www.br1m.info/mydeposit/
3 Responses to “MyDeposit , Bantuan RM 30,000 atau 10% bagi memiliki rumah”
sama2 tuan..
Masih ada lagi kah skim bantuan MyDeposit ni, selepas dipegang kerajaan baru ni ya
Buat masa ni tiada tuan.