putrahartanah

Menjual Rumah Sendiri Atau Melalui Ejen Hartanah???

Nak jual rumah sendiri atau melalui ejen hartanah?

Ini persoalan yang sering bermain di fikiran anda sebagai seorang pemilik yang berhajat hendak menjual rumah.

Pilihan anda samada mahu menjualnya sendiri (tanpa orang tengah) ataupun menggunakan khidmat profesional Ejen Hartanah sewajarnya anda mempertimbangkan beberapa kelebihan dan kelemahan sebelum anda membuat keputusan.

Berikut adalah beberapa senarai KELEBIHAN dan KEKURANGAN menjual sendiri rumah anda :

KELEBIHAN MENJUAL RUMAH SENDIRI:

📝 Anda dapat menjimatkan kos bayaran Fee Ejen Hartanah biasanya berjumlah 2% hingga maksimum 3% daripada Harga Jualan.

📝 Anda boleh mengawal segala kos-kos lain yang berkaitan penjualan rumah anda.

📝Anda lebih mempunyai privasi terhadap rumah anda.

📝 Anda boleh menerangkan sendiri kelebihan pada rumah anda terus kepada prospek pembeli.

KEKURANGAN MENJUAL RUMAH SENDIRI:

📝Anda mungkin mengalami kelam-kabut dalam menguruskancpenjualan rumah kerana kurang pengetahuan dan tiada pengalaman.

📝Anda mungkin diganggu dengan banyak panggilan telefon di tempat kerja anda.

📝Anda mungkin tidak mengetahui lebih lanjut proses berkaitan pinjaman, tukarmilik Hartanah dan sebagainya.

📝 Anda mungkin tidak dapat menjawab beberapa persoalan mengenai keadaan Hartanah semasa di kawasan berkenaan seperti pergerakan pasaran Hartanah terkini dan masa depan.

📝Anda mungkin membuat kesilapan dalam menetapkan harga jualan samada terkurang atau melebihi nilai semasa pasaran Hartanah.

📝 Anda mungkin terpaksa berulang-alik atau sibuk menguruskan masa anda untuk temujanji menunjukkan rumah kepada bakal pembeli kerana terdapat bakal pembeli yang hanya boleh melihat rumah anda ketika anda tidak berpeluang/tidak ada masa menunjukkan kepada mereka.

📝 Anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi mendapatkan pengiklanan yang efektif.

📝 Berkemungkinan melakukan kesilapan yang menyebabkan anda kerugian dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

KESIMPULAN

Ini adalah antara beberapa kelebihan dan kelemahan utama jika anda mengambil keputusan untuk menjual sendiri. Berdasarkan kedua-duanya, di sini boleh saya simpulkan bahawa menjual sendiri adalah TIDAK SESUAI jika anda merupakan orang yang tinggal di kawasan bandar besar yang mana kedudukan pejabat yang jauh serta kesesakan jalanraya adalah teruk untuk anda berulang-alik. Selain itu, sekiranya anda merupakan orang yang sibuk di pejabat atau mereka yang berpangkat, tentunya anda tidak mahu diganggu dengan panggilan-panggilan telefon yang kerap untuk pertanyaan berkenaan rumah anda.

Oleh itu adalah lebih berbaloi jika anda melantik Ejen Hartanah yang lebih mahir dan arif tentang Hartanah untuk mewakili anda dan membayar Fee Ejen Hartanah (maksimum 3%). Kebiasaanya segala kos-kos berkaitan pemasaran, dokumentasi dan lain-lain akan ditanggung oleh ejen tersebut melalui persetujuan bersama.

Mengapa Fee Ejen Hartanah Sebanyak 3%?

Jawapannya, fee tersebut telah termaktub di dalam ‘Seventh Schedule (Rule 48) of Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 and Rules 1986’. Mengikut jadual di dalam akta tersebut fee bagi Ejen Hartanah adalah maksimum sehingga 3%. Manakala kos-kos perbelanjaan lain selain daripada fee tersebut juga boleh dituntut seperti kos pegiklanan, kos printing, kos perjalanan dan lain-lain atas persetujuan bersama pemilik.

Bagaimanapun, jika anda merupakan orang yang sebaliknya iaitu kerja berhampiran dengan rumah anda atau tinggal di bandar-bandar yang tidak sesak untuk berulang-alik, maka pilihan untuk menjual sendiri tentunya lebih sesuai untuk anda dan dapat menjimatkan kos anda.

Anda perlulah sentiasa ‘available’ untuk menjawab pertanyaan yang bertalu-talu melalui telefon di pejabat anda.

Selain itu, adalah disyorkan bagi anda untuk membuat sedikit kajian dan persediaan bagi selok-belok proses penjualan dari segi penyediaan dokumen, penilaan harga, pinjaman dan juga urusan guaman.

🌹🌷❤️ Terima kasih kerana membaca… Jika dirasakan bermanfaat sila share artikel ini kepada kenalan-kenalan anda..😀

 


Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan berkaitan urusan hartanah, boleh terus hubungi saya di 019-6656012 atau chat dengan saya di Whatsapp.

 

 

Kami Menyediakan Perkhidmatan :

  • [✔] Khidmat nasihat mengenai hartanah anda.
  • [✔] Periksa market harga semasa rumah anda.
  • [✔] Pasarkan rumah anda secara online dan offline.
  • [✔] Mencari serious buyer untuk rumah anda (senarai pembeli sedia ada).
  • [✔] Urusan loan pembeli dan lawyer yang berpengalaman.

JUAL BELI & SEWA HARTANAH

Urusan Jual Beli & Sewa Rumah anda akan menjadi lebih MUDAH, SELAMAT & CEPAT

>> KLIK DISINI <<

 

Kongsi Kepada Rakan Anda:

Leave A Comment

Your email address will not be published.