Perunding Hartanah Berdaftar
Peluang Kerjaya
Kerjaya
Sertai Kami di Putrahartanah Sebagai Perunding Hartanah (REN)
Kami sedang mencari individu yang bersemangat, komited dan mempunyai impian besar untuk menyertai dunia hartanah sebagai Perunding Hartanah Berdaftar @ Real Estate Negotiator (REN)
Kami Akan Bimbing Anda Menjadi Top Agent Dengan Pendapatan 5 ANGKA Jika Anda:
-
Mempunyai IMPIAN besar untuk menjana pendapatan lima angka.
-
KOMITED untuk belajar strategi hartanah dan menjadikan ini sebagai kerjaya sepenuh masa.
-
Mempunyai DISIPLIN tinggi untuk melaksanakan strategi yang telah terbukti
Nak mula kerjaya sebagai REN? Jom sertai Kami

Sertai Kami
Kenapa Anda Perlu Sertai Kami?
Kami di Putrahartanah membawakan kombinasi bimbingan tersusun, akses teknologi terkini, dan sokongan pasukan untuk bantu anda menjadi Perunding Hartanah yang dihormati serta mampu menjana pendapatan 5 angka secara konsisten.

Agensi Hartanah yang Berkembang Pesat
Kami merupakan Team di bawah Homefield Real Estate Sdn Bhd iaitu agensi hartanah berdaftar yang sedang berkembang pesat dengan 5 cawangan aktif di seluruh Malaysia, merangkumi kawasan strategik dan berpotensi tinggi.
Pengalaman Lebih 10 Tahun
Kami mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam membangunkan perunding hartanah dari ZERO menjadi HERO.
Dan anda orang seterusnya.


Latihan & Sokongan
Dengan pengalaman yang luas dan juga sistem latihan yang bersepadu untuk menjadikan anda seorang perunding hartanah yang tersohor.
Kami mempunyai barisan penceramah yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri hartanah.
Projek Baru Sedia Ada
Projek hartanah baharu sudah tersedia — anda hanya perlu fokus cari pembeli!
Segala bahan marketing, info projek dan sokongan disediakan. Masa untuk anda jana pendapatan tanpa perlu mula dari kosong

Kelebihan
Apa Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah (REN) ?
Pendapatan Tanpa Had
Tiada had pendapatan sebagai perunding hartanah. Anda yang menentukan berapa pendapatan yang perlu dijana setiap bulan.
Rangkaian Profesional Luas
Bidang hartanah terikat dengan banyak undang-undang di Malaysia. Oleh itu banyak pihak terlibat dalam setiap potensi hartanah seperti peguam, bank, pejabat tanah, valuer, ejen hartanah dan ramai lagi.
Waktu Kerjaya Fleksible
Tidak bekerja mengikut waktu pejabat. Anda sendiri yang aturkan waktu kerja bersama klien.
Peluang Pelaburan Hartanah
Hartanah adalah salah satu bidang pelaburan yang menarik minat ramai orang. Sebagai perunding hartanah, anda adalah orang pertama yang mendapat maklumat bagi setiap rumah yang bernilai tinggi untuk dijadikan pelaburan.
Borang Kerjaya Hartanah
Berminat jadi sebahagian daripada team kami?
Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin