putrahartanah

Penangguhan bayaran PTPTN diutamakan – Tahun 2018

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ini kerana perkara itu adalah antara 10 janji yang perlu ditunaikan dalam 100 hari.

Tambah beliau, Pakatan Harapan (PH) tidak menyatakan pemansuhan PTPTN sebaliknya memberi pelepasan pembayaran hanya bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.

“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Imigresen mengenai sekatan perjalanan bagi peminjam yang disenarai hitamkan ke luar negara, ” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Idris Jusoh menyerahkan nota serah tugas kepada Dr Maszlee

SUMBER BERITA –>> https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428881/penangguhan-bayaran-ptptn-diutamakan

NOTA : Pelepasan bayaran pinjaman PTPTN ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan golongan muda bagi memiliki rumah kediaman sendiri. Selain itu, penyenaraian hutang ptptn di dalam CCRIS juga patut dimansuhkan atau ditangguhkan bagi memudahkan mendapat kelulusan pinjaman perumahan.

Kongsi Kepada Rakan Anda:

Leave A Comment

Your email address will not be published.